PTC SITES YANG MASIH MEMBAYAR

PTC Indonesia hidakyah bux.gs banner,best ptc

Nabi Musa a.s. telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima
wahyu. Semasa pemergian Nabi Musa, segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun a.s.
Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.
Ketiadaan Nabi Musa a.s telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri. Dia
telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa yang selama ini telah bersusah payah
membentuk dan memberi keimanan kepada mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah setelah
pulang dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir di tengah lautan
yang kering itu. Dengan segala usaha yang dilakukan oleh Nabi Musa, kuda yang ditungganginya tetap tidak
mahu meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah.
Karena itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda betina. Melihat lawan
sejenisnya kuda yang ditunngangi oleh Nabi Musa telah mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail.
Samiri yang ikut serta dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda
yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat.
Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina, Samiri membuat patung
seekor lembu daripada emas murni. Setelah siap, patung itu diisinya dengan pasir yang di ambil dari bekas
tapak kaki kuda Jibrail. Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu tersebut dapat mengeluarkan suara.
Melihat keadaan tersebut, umat Nabi Musa datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka
menyembah patung lembu yang menakjubkan itu.
Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu berusaha mencegah
umatnya daripada terus syirik kepada Allah bahkan umatnya mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya
jika Nabi Harun terus melarang mereka meyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat berbuat
apa-apa untuk melarang mereka daripada terus menyembah patung tersebut. Setelah kembali daripada Bukit
Sina, Nabi Musa sangat marah karena melihat umatnya telah murtad.
Nabi Harun telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah yang tidak dapat dikawal Nabi
Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar
menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut
Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.

Sumber : Pendidikan Agama Islam @ Abdurrahman,S.Ag

0 komentar:

Post a Comment

Terimakasih atas partisipasi anda, mohon komentarnya

ADVERTISES

GetPaidTo.com We'll paid 50 Cent or $0.50 for 1st time to Sign Up no minimum Cashout & daily cashout it's my 1st payment

lowongan kerja di rumah Panduan yang benar bagaimana memulai bisnis internet saat ini CO.CC:Free Domain Free domain .cc yang bisa anda gunakan untuk Blog atau Web milik anda jika anda tidak mau menggunakan jasa Web domain&hosting yang mengharuskan anda untuk berlangganan. 100% Free. Buruan ganti domain anda dengan .cc

Info Footbal Up to Date

Goal.com Live Scores